Monday 29 January 2018

SUMBANGAN DANA / WAKAF DIPERLUKAN

Assalamualaikum.

Kepada semua umat Islam yang dirahmati sekalian.

Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng memerlukan sejumlah dana untuk kerja-kerja baikpulih masjid tersebut dan mengekalkan bentuk asal sebagai "warisan sejarah". Pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang telah bersetuju dan bersedia memberi bantuan teknikal kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan Wakaf.

Jabatan Mufti Kedah juga turut merestui cadangan tersebut. Sumbangan Dana/Wakaf boleh disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) atas nama Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng, No. Akaun :  0801 0001 8527 15.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Timbalan Pengerusi Ustaz Mohd Radzi bin Haji Ab. Lateh, Maktab Mahmud Bandar Baharu (Hp. 019 - 472 9279), Ustaz Rohaizat bin Haji Jaafar, Pejabat Agama Bandar Baharu (013-4115959), Haji Abdul Ghani bin Mohd Zain, Imam Masjid Bukit Apeng (019-5225427) atau Abdul Wahab bin Abd Latif, Setiausaha (012-4311337).

Jom kita kekalkan wakaf masjid lama tersebut untuk generasi akan datang.



Wednesday 24 January 2018

SEJARAH MASJID LAMA BUKIT APENG






Masjid lama Bukit Apeng yang kini berusia lebih satu abad perlu dibaikpulih dan dikekalkan sebagai "Warisan Sejarah". Masjid tersebut yang dibina pada tahun 1914 dengan gaya Aglo-Indian yang berbentuk tiang segi empat dengan hiasan minima stucco segiempat dipercayai masih mempunyai struktur yang kukuh walaupun mengalami kerosakan kerana faktor usia.


Masjid tersebut dibina oleh Ngah bin Abdullah yang dipercayai salah seorang Pengikut Diraja Kedah yang melarikan diri ke Daerah Kerian bersama Sultan Ahmad Tajuddin ketika Kedah diserang oleh Siam.



Ketika tiba di Seberang Perai, Sultan Ahmad Tajuddin mengambil keputusan untuk ke Pulau Pinang bersama beberapa orang pengikutnya (kerana Pulau Pinang pada masa itu masih dalam takluk Kedah). Sementara Ngah bin Abdullah dan beberapa orang mengambil keputusan ke Kerian. Kemudiannya mereka berpecah ada yang ke Tanjung Piandang dan ada ke Bagan Samak, Mukim Bandar Baharu.



Di Mukim Bagan Samak, mereka membuka sebuah perkampungan disitu yang dikenali sebagai "Kampung Raja" (kampung tersebut masih ujud hingga sekarang). Setelah menetap beberapa lama disitu, Ngah Abdullah dan beberapa orang pengikutnya mengambil keputusan untuk meneroka kawasan Bukit Apeng yang juga tidak berapa jauh dari situ.


Dengan dibantu oleh beberapa orang sahabatnya, Ngah Abdullah mula meneroka dan berhasrat untuk menjadikan Bukit Apeng sebagai sebuah kawasan "ilmu". Antara sahabat beliua ialah Sheikh Ismail bin Sheikh Tahir, Haji Jaafar bin Imam Abu Bakar, Haji Said bin Haji Maarif, Lebai Ishak bin Abdullah dan Lebai Din bin Said.


Mereka mula merancang untuk membina sebuah masjid dan beberapa buah pondok sebagai pusat pengajian umumi. Bagi menjayakan hasrat tersebut juga, Ngah Abdullah telah memanggil Penghulu Mukim Sungai Batu, Penghulu Hussain bin Haji Mohamad untuk bersamanya bagi membangunkan Bukit Apeng sebagai "Pusat Kegiatan Ilmu".



Mereka telah mengadakan "gotong royong" bagi membina sebuah masjid. Hasil kerjasama dan kesepakatan penduduk, masjid tersebut siap dibina pada tahun 1914M bersamaan 12hb Rabiul Awwal sempena tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. Pada masa itu mereka berjaya mengumpul sebanyak RM 2,000.00 bagi tujuan membina masjid.



Dibina di atas sebidang tanah lot 1940 yang diwakafkan oleh salah seorang penduduk akhirnya mereka berjaya membina masjid tersebut dan beberapa buah pondok pengajian. Setelah siap Ngah Abdullah telah menjemput seorang Tuan Guru dari Tokai, yang dikenali sebagai Ustaz Zakaria Tokai untuk mengajar di situ. Dan dari saat itu Bukit Apeng mula beroperasi sebagai "Pusat Ilmu".



Selain membina beberapa buah pondok, mereka juga berjaya membina sebuah sekolah agama rakyat yang dikenali sebagai "Madrasah Ittihadul Al-Wataniah, Bukit Apeng" yang masih beroperasi hingga sekarang. Madrasah Ittihadul Al-Wataniah, menjadi satu-satunya sekolah agama rakyat yang tunggal di Daerah Bandar Baharu.



Madrasah tersebut sekarang ini diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinaikkan taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan dikenali sebagai SABK Maktab Mahmud Cawangan Bandar Baharu.



Semasa meneroka untuk membangunkan Bukit Apeng sebagai "Pusat Ilmu" mereka berdoa semuga suatu hari nanti Bukit Apeng akan muncul sebagai Pusat Kegiatan Ilmu di Daerah Bandar Baharu dan masjid lama ini menjadi asas bagi mencapai hasrat tersebut.



Melihat disegi faktor sejarah yang ada, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Mahmud dan pihak Pengurusan Sekolah telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng bagi merancang dan melakukan kerja-kerja baikpulih masjid tersebut dan berhasrat untuk mengekalkan keunikan bentuk binaannya yang asal.



Menurut Penolong Kanan, Maktab Mahmud, Ust Mohd Radzi Ab. Lateh, pihak Jawatankuasa Pembangunan Wakaf telah mengadakan perbincangan dengan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang untuk melakukan kerja baikpulih masjid tersebut dan mengekalkan sebagai warisan sejarah.



Pihak USM juga telah membentuk sebuah Jawatankuasanya yang terdiri dari, Prof. Dr. A. Ghafar bin Ahmad (Konservator USM), Ar. Zalena binti Abd Aziz (Arkitek), Ir. Prof. Madya Dr. Naser bin Abd Ghani (Jurutera Struktur), Sr. Prof. Madya Dr. Nazirah binti Zainal Abidin (Juru Ukur Bahan), dan Abd Jalil bin Ishak (Pegawai Teknikal).



Pihak Jawatankuasa dari USM juga telah mengadakan lawatan sebanyak dua kali ke tapak masjid tersebut dan berminat untuk mengekalkan sebagai warisan sejarah.



Sementara itu pada bulan November 2017, Mufti Kedah, Datuk Fadzil bin Haji Awang dan pegawai-pegawainya dari Jabatan Mufti telah mengadakan lawatan ke masjid tersebut dan merestui cadangan pihak Jawatankuasa Pembangunan Wakaf untuk melakukan baikpulih.



Setelah satu abad berlalu, hasrat untuk menjadikan Bukit Apeng sebagai ilmu kini tercapai. Doa mereka dimakbulkan. Dengan terbinanya sebuah "Kompleks Islam Darul Faizin (Ki Daf) di Bukit Apeng kini terbukti bahawa Bukit Apeng kini menjadi pusat kegiatan ilmu untuk masyarakat setempat.



Di Bukit Apeng juga kini terdapat sebuah Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI) dan sebuah masjid baru, Masjid Al-Afdhal yang menjadi nadi kegiatan ilmu setempat. Selain itu berhampiran Bukit Apeng juga terdapat sebuah sekolah menengah harian yang dikenali sebagai SMK Lubuk Buntar. 




RESTU DARI JABATAN MUFTI KEDAH

10 November 2017 -  Mufti Kedah, Datuk Fadzil bin Haji Awang dan Pegawai-Pegawainya dari Jabatan Mufti, turut mengadakan lawatan ke masjid tersebut dan merestui cadangan pihak Jawatankuasa Pembangunan Wakaf untuk melakukan kerja baikpulih masjid tersebut dan mengekalkan warisan sejarah yang ada. 

Turut sama Pegawai Tadbir Agama Daerah Bandar Baharu Sheikh Sayuti Ahmad dan Penyelia Penyelaras Masjid Daerah Bandar Baharu, Ustaz Rohaizat Jaafar.







LAWATAN KE 2 PROF. A. GHAFAR AHMAD DAN JAWATANKUASANYA

7 Feb 2017 (Selasa)  -  Prof. A. Ghafar Ahmad (Konservator) USM telah mengadakan lawatan kali ke dua bersama Jawatankuasanya untuk meninjau secara lebih terperinci struktur masjid tersebut. Jawatankuasanya terdiri dari :-

  • Ar. Zalena binti Abd. Aziz (Arkitek)
  • Ir. Prof. Madya Dr. Naser bin Abd. Ghani (Jurutera Struktur)
  • Sr. Prof. Madya Dr. Nazirah binti Zainal Abidin (Juru Ukur Bahan)
  • Abd Jalil bin Ishak (Pegawai Teknikal)














Monday 22 January 2018

KRONOLOGI RESOLUSI MESYUARAT


25 Disembar 2016 :  Mesyuarat Khas PIBG diadakan dan bersetuju
                                  menubuhkan sebuah Jawatankuasa 
                                  Pembangunan Masjid Lama, Bukit Apeng.

22 Januari 2017 :      Mesyuarat pertama Jawatankuasa 
                                  Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit
                                  Apeng diadakan. Mesyuarat bersetuju
                                  memohon sumbangan teknikal dari
                                  Jabatan Warisan Sejarah, Universiti Sains
                                  Pulau Pinang (USM).

5 Februari 2017 :      Mendapat maklumat bahawa Prof. A. Ghafar
                                  Ahmad, Konsevertor USM akan mengadakan
                                  lawatan melihat struktur bangunan masjid
                                  esok. (Isnin)

6 Februari 2017 :      10.00 pagi lawatan pertama Prof. A. Ghafar
                                  Ahmad bersama Abd Jalil Ishak, Pegawai
                                  Teknikal.

                                   Setelah melihat sktruktur masjid dan kesan
                                   sejarah yang ada pihak USM bersetuju
                                   menubuhkan sebuah Jawatankuasa
                                   diperingkat USM. 

                                   Sementara itu pihak Jawatankuasa 
                                   Pembangunan Wakaf memohon masa untuk
                                   tempoh dua minggu bagi menyiapkan laporan
                                   "Kehendak Pelanggan" seperti yang dipohon
                                   pihak USM.
                                  
6  Februari 2017 :      Jam 3.00 petang mendapat panggilan dari
                                   Prof A. Ghafar Ahmad memaklumkan
                                   bahawa pihak USM telahpun menubuhkan 
                                   sebuah Jawatankunya dan memaklumkan
                                   pihak Jawatankuasanya akan mengadakan
                                   lawatan kerja kali kedua pada esok.

7 Februari 2017  :     Prof A.Ghafar Ahmad bersama 
                                  Jawatankuasanya yang terdiri dari
                                  Ar. Zalena  Abd Aziz (Arkitek)
                                  Ir. Prof. Madya Dr. Naser Abd Ghani
                                  (Jurutera Struktur)
                                  Sr. Prof. Madya Dr. Nazirah Zainal Abidin
                                  (Juru Ukur Bahan)
                                  Abd Jalil Ishak (Pegawai Teknikal)
                                  mengadakan lawatan kedua ke tapak
                                  masjid tersebut.

9 Februari 2017  :     Waris pelajar, Shahrul Anuar Arshad,
                                  seorang Juru Ukur Swasta bersetuju
                                  memberi perkhidmatan untuk membuat
                                  pengukuran semula kawasan tapak
                                  masjid.
  
10 Nov. 2017      :     Mufti Kedah, Datuk Fadzil Haji Awang
                                  dan bersama pegawai-pegawainya dari
                                  Jabatan Mufti telah mengadakan lawatan
                                  ke masjid tersebut bagi melihat secara
                                  lebih dekat struktur binaannya.
                                  Hadir sama Pegawai Agama Daerah
                                  Bandar Baharu Sheikh Sayuti Ahmad
                                  dan Penyelia Masjid Daerah Bandar
                                  Baharu, Ustaz Rohaizat Jaafar.

BAGI MENJAYAKAN TUJUAN TERSEBUT JUGA PIHAK USM JUGA TELAH BERSETUJU MENGANGKAT SEMULA KERTAS KERJA ASAL YANG DIBUAT OLEH JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WAKAF MENJADI SEBUAH KERTAS KERJA YANG LENGKAP.



SEMUGA ALLAH SWT MEMPERMUDAHKAN URUSAN BAIKPULIH BANGUNAN WAKAF INI.

                                         

LAWATAN PERTAMA PROF A. GHAFAR AHMAD DAN PEGAWAI TEKNIKAL ABD JALIL ISHAK




Prof A. Ghafar tertarik dengan ukiran yang terdapat pada dinding luar.



KRONOLOGI RESOLUSI MESYUARAT


25 Disember 2016  : Mesyuarat Khas PIBG cadaangan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lama Bukit Apeng diadakan.

22 Januari 2017     : Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng diadakan. Keputusannya bersetuju  memohon kerjasama dan bantuan teknikal dari Jabatan Warisan Sejarah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.





Sunday 21 January 2018

MASJID LAMA BUKIT APENG




Masjid lama Bukit Apeng yang kini berusia lebih satu abad perlu dibaikpulih dan dikekalkan sebagai "Warisan Sejarah". Masjid tersebut yang dibina pada tahun 1914 dengan gaya Aglo-Indian yang brbentuk tiang segi empat dengan hiasan minima stucco segiempat dipercayai masih mempunyai struktur yang kukuh walaupun mengalami kerosakan kerana faktor usia.

Masjid tersebut dibina oleh Ngah bin Abdullah yang dipercayai salah seorang pengikut Diraja Kedah yang melarikan diri ke Daerah Kerian bersama Sultan Ahmad Tajuddin ketika Kedah diserang oleh Siam.

Mereka kemudiannya membuka sebuah perkampungan di Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu yang dikenali sebagai "Kampung Raja". Ngah Abdullah dan beberapa rakannya kemudian berpindah ke Bukit Apeng dan berhasrat untuk menjadikan "Bukit Apeng" sebagai "Pusat Kegiatan Ilmu".

Dengan dibantu oleh beberapa orang sahabatnya yang terdiri dari Sheikh Ismail bin Sheikh Tahir, Haji Jaafar Imam Abu Bakar, Haji Said Haji Maarif, Lebai Ishak Abdullah dan Lebai Din Saad. Mereka mula merancang membina sebuah masjid dan beberapa buah pondok pengajian. Bagi menjayakan hasrat tersebut Ngah Abdullah telah memanggil Penghulu Mukim Sungai Batu, Penghulu Hussain bin Haji Muhammad untuk bersama bagi membangunkan Bukit Apeng sebagai pusat kegiatan ilmu.

Dibina di atas sebidang tanah lot 1940 yang diwakafkan oleh salah seorang penduduk disitu. Setelah siap dibina Ngah Abdullah telah menjemput seorang guru agama dari Tokai, Kedah yang dikenali sebagai Ustaz Zakaria Tokai. Dan Bukit Apeng mula beroperasi sebagai pusat ilmu.

Selain membina beberapa buah pondok, mereka juga berjaya membina sebuah sekolah agama rakyat yang dikenali sebagai "Madrasah Ittihadul Al-Wataniah" yang masih beroperasi sehingga sekarang yang menjadi satu-satunya sebuah sekolah agama yang tunggal di Daerah Bandar Baharu.

Sekolah tersebut sekarang ini diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan dinaiktaraf sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang dikenali sebagai SABK Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Semasa meneroka untuk membangunkan Bukit Apeng sebagai pusat ilmu, mereka berdoa semuga Bukit Apeng satu hari nanti akan muncul sebagai "Pusat Kegiatan Ilmu" di Daerah Bandar Baharu. Dan masjid lama ini menjadi sebagai tapak asas bagi mencapai hasrat tersebut.

Melihat disegi faktor sejarah yang ada, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Mahmud Bandar Baharu dan pihak pengurusan sekolah telah bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih masjid tersebut dan berhasrat untuk mengekalkan keunikan bentuk binaannya yang asal.

Menurut Penolong Kanan, Maktab Mahmud Bandar Baharu, Ustaz Mohd Radzi Ab. Lateh, pihak Jawatankuasa Pembangunan Wakaf, telah mengadakan perbincangan dengan pihak Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang untuk melakukan kerja baikpulih masjid tersebut dan mengekalkan  sebagai warisan sejarah.

Pihak USM juga telah membentuk Jawatankuasanya yang terdiri dari Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad (Konservator USM), Ar. Zalena Abd Aziz (Arkitek), Ir. Prof. Madya Dr. Naser Abd Ghani (Jurutera Struktur), Sr. Prof. Madya Dr. Nazirah Zainal Abidin (Juru Ukur Bahan) dan Abd Jalil Ishak (Pegawai Teknimal).

Pihak Jawatankuasa dari USM telah mengadakan lawatan sebanyak dua kali ke masjid tersebut dan berminat untuk mengekalkan sebagai warisan sejarah.

Sementara itu pada bulan November 2017, Mufti Kedah, Datuk Fadzil Haji Awang dan pegawai-pegawainya dari Jabatan Mufti bersama Tuan Kadi Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan ke masjid tersebut dan merestui cadangan pihak sekolah untuk melakukan baikpulih.

Setelah satu abad berlalu,  hasrat untuk menjadikan Bukit Apeng sebagai Kawasan Ilmu kini tercapai. Doa mereka dimakbulkan. Dengan terbinanya sebuah "Kompleks Islam Darul Faizin (Ki Daf) di Bukit Apeng kini terbukti bahawa Bukit Apeng kini menjadi pusat kegiatan ilmu untuk masyarakat setempat.

Bukit Apeng kini mempunyai pusat pendidikan bermula dari pendidikan rendah (PRA) hingga ke peringkat menengah. Bukit Apeng bukan sahaja mempunyai sebuah sekolah agama yang dikenali sebagai Maktab Mahmud Bandar Baharu, malah mempunyai sebuah pondok moden sebagai "Kompleks Islam Darul Faizin (Ki Daf)" . Selain itu di Bukit Apeng juga ujud sebuah Pusat Asuhan Islam (PASTI) dan sebuah sekolah menengah SMK Lubuk Buntar.

Selian itu di Bukit Apeng juga terbina sebuah masjid Al-Afdhal yang menjadi nadi kegiatan ilmu.

Kewujudan institusi-inststusi  pendidikan  ini semuanya bermula dengan pembinaan Masjid Lama Bukit Apeng ini yang pastinya mempunyau nilai sejarah yang tinggi.



   

SUMBANGAN DANA / WAKAF DIPERLUKAN

Assalamualaikum. Kepada semua umat Islam yang dirahmati sekalian. Jawatankuasa Pembangunan Wakaf Masjid Lama Bukit Apeng memerlukan seju...